fbpx
Salah satu hantaran seorang ibu di Threads yang menzahirkan rasa syukur dapat melahirkan zuriat pada tarikh cantik, semalam.

Ramai ibu di Pahang gembira dapat bersalin tarikh 26062606

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tarikh 26 Jun 2026 atau 260626 semalam, menjadi kenangan istimewa buat ramai ibu di Pahang apabila mereka selamat melahirkan cahaya mata pada tarikh yang dianggap unik dan mudah diingati.

Perkongsian ibu-ibu berkenaan di media sosial Threads mengundang perhatian ramai selepas masing-masing meluahkan rasa syukur kerana bayi mereka dilahirkan pada tarikh yang disifatkan sebagai ‘cantik’ dan mempunyai nilai sentimental tersendiri.

Seorang pengguna Threads dikenali sebagai @azlkha memaklumkan dia selamat melahirkan bayi pada pukul 9.50 pagi, semalam.

“Alhamdulillah, selamat melahirkan seorang bayi pada 26.06.2026 pukul 9.50 pagi. Boleh lah Mummy ‘join hype’ 260626-06 sebab baby kali ni lahir di Pahang,” tulisnya.

Hantaran itu menerima lebih 44,000 tontonan selain dibanjiri ucapan tahniah daripada orang ramai yang turut berkongsi pengalaman melahirkan anak pada tarikh sama.

Malah, akaun rasmi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) turut meninggalkan komen mengucapkan tahniah kepada ibu berkenaan sambil berseloroh bahawa beliau merupakan individu yang disebut-sebut pada hari sebelumnya.

Turut mencuri perhatian apabila beberapa netizen berkongsi mereka juga menyambut kelahiran cahaya mata pada 26 Jun, malah ada yang mengakui sengaja menyasarkan tarikh berkenaan kerana susunan nombornya yang unik.

“Tahniah.. anak saya pun baru lahir semalam pukul 11.. Hehehe ibu dia aim tarikh ni sebab kena induksi.. Alhamdulillah rezeki dapat tarikh cantik, hari jumaat, hari Asyura,” komen @Masaktime3.

“Saya pun dapat baby Pahang juga. Alhamdulillah tarikh cantik 260626-06,” komen @Tgyuir.

Ruangan komen turut dipenuhi ucapan tahniah dan doa buat ibu serta bayi yang baru dilahirkan, selain ada yang berharap dikurniakan rezeki menimang cahaya mata dengan tarikh istimewa pada masa akan datang.

“Alhamdulillah. Membesar jadi anak soleh solehah ya. Sihat tubuh badan baby dan ibu,” komen Amalina.

“Alhamdulillah, moga baby girl sihat dan dimurahkan rezeki ya baby. Anak pahang,” komen Acikfauziah pula.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan kelahiran bayi pada semalam, 26 Jun 2026, bukan sahaja membawa kegembiraan buat ibu bapa, malah turut mencuri perhatian pengguna media sosial berikutan keunikan kombinasi nombor kad pengenalan (MyKid) yang bakal diterima mereka.

Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di aplikasi Threads oleh Jpnppofficial berkata, bayi yang bakal lahir di negeri Pahang semalam akan memiliki nombor kad pengenalan yang nombor cantik dan tersusun iaitu 26062606xxxx.⁠- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN