fbpx
Tangkap layar video berdurasi 14 saat memaparkan seekor itik salai berulat didakwa dibeli dari sebuah premis di Terachi.

Balik KL, itik salai sudah dipenuhi ulat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA PILAH – Seorang pengguna kecewa apabila seekor itik salai yang dibelinya di sebuah premis di Terachi, di sini, didakwa berulat apabila tiba di rumahnya di Kuala Lumpur.

Kejadian itu turut tular di media sosial melalui video berdurasi 14 saat dan individu terbabit mendakwa membeli itik salai itu bersama lemang, kuih sopang dan rendang daging maman pada harga RM60.

Menurut individu terbabit, makanan berkenaan hanya diperiksa selepas tiba di Kuala Lumpur sebelum mendapati itik salai itu dipenuhi ulat.

Dia menggesa peniaga supaya lebih bertanggungjawab dalam memastikan makanan yang dijual berada dalam keadaan bersih serta selamat dimakan.

Sementara itu, Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNNS) sedang mengesan pemilik akaun media sosial tersebut bagi membantu siasatan.

Pengarah JKNNS, Dr. Zuraida Mohamed berkata, setakat ini pihaknya belum menerima maklumat lengkap berhubung kejadian itu dan usaha sedang dijalankan untuk mendapatkan maklumat lanjut daripada individu berkenaan.

“Setakat ini tiada maklumat lagi. Pihak kami masih mengesan pemilik akaun tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut bagi tujuan siasatan,” katanya ketika dihubungi Kosmo!, di sini, hari ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN