fbpx
Jelajah TVET ILKBS 2026 zon utara berlangsung di IKBN Seri Iskandar hari ini.

Bidang TVET bukan pilihan kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PARIT – Program Jelajah TVET ILKBS 2026 Peringkat Zon Utara yang berlangsung di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar di sini, hari ini, menjadi platform untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Pengarah IKBN Seri Iskandar, Farizul Arizal Abd. Rahman berkata, sehubungan itu, program itu menghimpunkan pelbagai institusi TVET, agensi kerajaan dan rakan industri bagi memberi pendedahan terutamanya kepada golongan belia tentang peluang pendidikan, latihan kemahiran dan kerjaya dalam bidang TVET.

“Sebanyak empat lagi Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) yang terlibat sama dengan program hari ini iaitu IKBN Kuala Perlis, Perlis; IKBN Naka dan IKBN Jitra, Kedah serta Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

“Jadi, saya menjemput seluruh masyarakat khususnya golongan belia, lepasan sekolah dan ibu bapa untuk hadir memeriahkan program ini yang bermula pada pukul 7 pagi hingga 5 petang,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Farizal Arizal (tengah) menjelaskan bidang TVET kini merupakan salah satu laluan pendidikan dan kerjaya yang berpotensi.

Mengulas lanjut, Farizul Arizal berkata, banyak aktiviti menarik disediakan untuk pengunjung, antaranya TVET Sport Challenge seperti sepakan penalti bola sepak, tarik tali, lontaran penalti bola jaring serta e-sports Mobile Legends: Bang Bang (MLBB).

Selain itu, beliau berkata, turut diadakan bicara kerjaya bersama pihak industri, perkongsian kejayaan alumni ILKBS dan pertandingan inovasi peringkat sekolah menengah selain cabutan bertuah.

“Para pengunjung yang hadir boleh mendaftar sebagai peserta Jelajah TVET Zon Utara ini bagi melayakkan diri mendapat nombor cabutan bertuah berkenaan.

“Program hari ini juga menganjurkan pertandingan mewarna kanak-kanak, pameran interaktif oleh agensi kerajaan dan institusi pengajian tinggi (IPT), gerai jualan (Bazar Starbaz), pembukaan kedai Jualan Rahmah Madani serta Kempen Jom Servis Motosikal Percuma!,” katanya.

Farizul Arizal berkata, terdapat juga temu duga terbuka MyFutureJobs bersama Pertubuhan Perkhidmatan Sosial (Perkeso) yang menawarkan sesi temu duga bersama pihak industri te­rus kepada anak muda dan pencari pekerjaan.

“Para pencari kerja boleh hadir dengan membawa resume serta sijil berkaitan untuk terus berjumpa majikan yang menawarkan peluang pekerjaan,” katanya.

Ujarnya, antara pemain industri yang akan menyertai sesi temu duga berkenaan ialah Carsem, Proton Holdings Berhad (Proton), Dindings Tyson Sdn. Bhd., Wei Dat Steel Wire Sdn. Bhd., J.K. Wire

Harness Sdn. Bhd., Polaris Maritime Training Academy Sdn. Bhd. dan Talent Suites Sdn. Bhd.

Pada masa sama, beliau percaya seramai 3,000 orang pe­ngunjung akan hadir menyertai Jelajah TVET ILKBS 2026 Zon Utara berkenaan.

“Harapan kami agar program ini dapat meningkatkan keseda­ran masyarakat mengenai kepentingan TVET sebagai salah satu laluan pendidikan dan kerjaya yang berpotensi tinggi.

“Kami juga berharap lebih ramai pelajar, belia, ibu bapa dan pencari kerja dapat mengenali peluang yang ditawarkan oleh institusi TVET serta industri berkaitan,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN