fbpx
Bayi berkenaan disahkan maut selepas dipercayai tersedak susu di rumah pengasuh, kelmarin.

Bayi maut dipercayai tersedak susu di rumah pengasuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Seorang bayi perempuan berusia enam bulan disahkan meninggal dunia selepas dipercayai tersedak susu ketika berada di rumah pengasuh di Pantai Dalam, Kuala Lumpur kelmarin.

Difahamkan, kejadian itu hanya disedari ibu mangsa selepas pengasuh menghubunginya kira-kira pukul 5 petang bagi memaklumkan keadaan bayi berkenaan yang tidak sedarkan diri.

Berdasarkan laporan polis, ibu mangsa yang ketika itu berada di tempat kerja segera bergegas ke rumah pengasuh sebaik menerima berita berkenaan.

Ibu mangsa turut meminta pengasuh membawa bayi itu segera ke hospital bagi mendapatkan rawatan kecemasan, namun perkara itu tidak dilakukan.

Setibanya di rumah pengasuh kira-kira pukul 5.15 petang, ibu mangsa mendapati anaknya berada dalam keadaan lemah dan tidak sedarkan diri.

Beliau kemudian bersama pengasuh serta suami membawa bayi tersebut ke Unit Kecemasan Hospital Pantai Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan.

Bagaimanapun, usaha menyelamatkan mangsa gagal apabila pegawai perubatan hospital berkenaan mengesahkan bayi itu meninggal dunia pada pukul 6.08 petang.

Susulan kejadian itu, bapa mangsa tampil membuat laporan polis bagi memohon siasatan dijalankan untuk mengenal pasti punca sebenar kematian anaknya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chang Hook ketika dihubungi mengesahkan laporan itu dan berkata, siasatan dijalankan Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Kontinjen Kuala Lumpur.

Katanya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen Seksyen31(1) Akta Kanak-Kanak.

“Siasatan lanjut dijalankan D11 IPK KL,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN