fbpx
Sebilangan jemaah memakai pakaian dipenuhi manik serta barang kemas di Makassar, Indonesia. - TikTok  

Jemaah gayakan baju berkilau, emas balik haji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Sebilangan jemaah yang pulang ke Makassar, wilayah Sulawesi Selatan menjadi perhatian orang ramai apabila memakai pelbagai jenis busana berwarna terang selepas selesai menunaikan ibadah haji. 

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @guzeltour.id menunjukkan beberapa wanita berjalan keluar dari pintu ketibaan sambil memakai pakaian khas suku Bugis dan Makassar yang berwarna terang. 

Selain mempunyai hiasan manik berkilau, ada antara mereka memakai barangan kemas sarat di badan. 

Tradisi dipanggil Mappatopp itu dilakukan oleh jemaah yang baru pulang daripada menunaikan haji. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 1.7 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Saya suka trend ini setiap tahun, adat yang harus dilestarikan,” kata seorang netizen. 

“Mungkin ia salah satu tanda rasa bersyukur dan bahagia kerana mereka sudah pulang ke tanah air dengan selamat,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN