JERANTUT – Musang king yang gugur serentak di kebun-kebun sekitar daerah ini menyebabkan harga buah kayangan itu menjunam dan dijual serendah RM8 sekilogram. Pekebun durian di Sungai Kiol, Lai Yap Wai berkata, musim durian kali ini menyaksikan pengeluaran hasil yang luar biasa dan keadaan itu memaksa pekebun dan penjual menurunkan harga bagi memastikan buah yang gugur setiap hari dapat dijual dengan segera. “Kalau ikut musim sebelum ini, musang king boleh dijual sehingga RM25 sekilogram atau lebih tetapi kali ini bekalan…














