fbpx
Tapir seberat 250kg yang mati selepas dirempuh sebuah motosikal di Jalan Juasseh-Bahau berhampiran sebuah premis perkakasan, Kuala Pilah malam kelmarin. IHSAN PENDUDUK

Tapir 250kg mati dilanggar motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA PILAH – Seorang penunggang motosikal dan pemboncengnya cedera selepas kenderaan ditunggang melanggar tapir seberat 250 kilogram (kg) yang melintas di Jalan Juasseh-Bahau berhampiran sebuah premis perkakasan, di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Muhamad Mustafah Hussin berkata, siasatan awal mendapati dalam kejadian pukul 10.30 malam itu motosikal Yamaha Y15ZR yang ditunggang mangsa berusia 41 tahun dalam perjalanan dari Bahau menuju ke Juasseh.

“Apabila tiba di lokasi, seekor tapir dipercayai melintas secara tiba-tiba menyebabkan mangsa tidak sempat mengelak lalu melanggar haiwan tersebut.

“Penunggang motosikal mengalami luka di kaki, manakala pemboncengnya cedera di lutut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN