fbpx
DZULKHAIRI ketika mengadakan sidang akhbar di IPK Melaka hari ini. - Foto oleh AMRAN ALI /KOSMO!

Atuk 73 tahun umpan RM5, mi goreng sebelum ‘sentuh’ budak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Seorang lelaki warga emas berusia 73 tahun ditahan polis selepas disyaki melakukan amang seksual fizikal terhadap dua murid perempuan berusia lapan dan 10 tahun di dalam stor sebuah masjid di Semabok di sini.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, kejadian dipercayai berlaku secara berulang kali dalam tempoh kira-kira dua minggu sejak 16 Jun lalu.

Menurutnya, kedua-dua mangsa yang bersekolah berhampiran masjid berkenaan dipercayai sering menunggu ibu bapa mereka di kawasan itu selepas tamat sesi persekolahan.

“Peluang ini dipercayai digunakan suspek dipercayai untuk memujuk mangsa menggunakan umpan wang RM5 dan mi goreng sebelum membawa mereka ke stor masjid berkenaan.

“Kejadian ini bukan berlaku sekali, sebaliknya berulang kali dalam tempoh kira-kira dua minggu sejak 16 Jun lalu melibatkan kedua-dua murid perempuan malah turut meminta mangsa supaya merahsiakan perbuatannya itu,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di sini, hari ini.

Beliau berkata, mangsa kemudiannya telah menceritakan kejadian kepada guru kaunseling sekolah dan mendakwa diperlakukan demikian oleh kariah masjid berkenaan.

“Suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN