fbpx
Antara pekerja wanita warga asing yang diperiksa dan ditahan dalam operasi itu di Pulau Indah, Pelabuhan Klang. - Foto oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED

Ops Kisar: Pura-pura lupa usia, tarikh lahir sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Terlupa tarikh lahir dan usia antara helah digunakan pekerja wanita warga asing yang disyaki menggunakan kad pengenalan palsu di sebuah kilang makanan sejuk beku di Pulau Indah, di sini.

Taktik itu terbongkar selepas pemeriksaan mendapati nombor MyKad dikemukakannya tidak sepadan dengan maklumat usia dan bulan kelahirannya dalam serbuan Ops Kisar bermula pukul 6.30 petang semalam.

Wanita yang mengaku berasal dari Indonesia dan berusia 40-an itu mendakwa bekerja di kilang berkenaan sejak tahun lalu.

“Saya tidak tahu kerana semua diuruskan (ejen) dan juga masih baharu saja kerja kira-kira setahun. Tarikh lahir dan umur saya juga sudah lupa,” katanya antara 32 wanita ratanya-ratanya warga Indonesia berusia 18 hingga 50 tahun yang ditahan Jabatan Pendaftaran Negara.

Sementara itu, seorang lagi wanita mendakwa memiliki sijil kelahiran dan MyKad namun gagal menyebut nama penuh ibu bapanya kepada pegawai penguat kuasa.

“Saya lupa nama (penuh) ibu bapa namun itu memang sijil lahir saya dan yang aslinya ada di rumah. MyKad itu pula saya guna saudara punya,” ujarnya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan taktik warga asing menukar gambar pada MyKad individu lain secara digital bagi mendapatkan pekerjaan, menggunakan kad yang dipinjam atau dibeli pada harga sekitar RM350. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN