fbpx
Amira menzahirkan penghargaan kepada teman hidupnya itu yang sentiasa di sisi membantu dalam pelbagai urusan sepanjang kehamilan sehingga melahirkan zuriat pertama mereka.

‘Semoga Allah ganjarkan syurga untuk suami saya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Semoga Allah ganjarkan syurga untuk suami saya.”

Itu ucapan manis penyanyi dan pelakon, Amira Othman buat suaminya, Fattah Amin yang menitipkan doa agar segala pengorbanan insan kesayangannya itu mendapat ganjaran di akhirat.

Amira atau nama sebenarnya Nadia Amira Othman, 33, juga menzahirkan penghargaan kepada teman hidupnya itu yang sentiasa di sisi membantu dalam pelbagai urusan sepanjang kehamilan sehingga melahirkan zuriat pertama mereka.

“Terima kasih suami saya tolong macam-macam selama mengandung, selama bersalin, selama berperang nyawa keluarkan Jarir,” tulisnya dalam hantaran di Instagram Story.

Terdahulu, Amira selamat melahirkan cahaya mata lelaki, Muhammad Jarir Umar Abdul Fattah di sebuah pusat perubatan pada 6.20 petang kelmarin.

Berita gembira itu dikongsikan Fattah menerusi hantaran di Instagramnya semalam dengan turut berkongsi gambar bayi mereka.

Begitupun, pasangan terbabit tidak memperincikan butiran lanjut mengenai kelahiran permata hati mereka itu.

Amira dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 14 September 2025 di Golden Palm Tree Resort, Sepang, Selangor.

Menerusi perkahwinan terdahulu dengan bekas isteri juga pelakon Nur Fazura, aktor itu dikurniakan anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia lima tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN