fbpx
Onn Hafiz. Foto oleh RAJA JAAFAR ALI/KOSMO!

PRN Johor: Onn Hafiz pertahan DUN Machap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi akan mempertahankan Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap apabila nama beliau dicalonkan bagi berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16, 11 Julai depan.

Pada PRN Johor ke-15 yang berlangsung pada Mac 2022, Onn Hafiz memenangi kerusi DUN Machap dengan majoriti sebanyak 6,543 undi.

Pengerusi BN Johor itu meraih undi sebanyak 11,029 undi menewaskan pesaing Azlisham Azahar (PN-PAS), R. Sangaran (Muda), Sharuddin Md Salleh (Pejuang).

Onn Hafiz pernah memenangi kerusi DUN Layang-Layang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada tahun 2018 sebagai calon BN-UMNO.

Beliau memperoleh 7,449 undi dan menewaskan calon PKR, Murugan Muthu Samy, dengan majoriti tipis 364 undi.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN