fbpx
AMAD mahu seluruh pasukannya fokus dengan aksi menentang Curacao apabila mereka memerlukan kemenangan untuk memastikan kemaraan. - AFP

Piala Dunia 2026: Ivory Coast mahu tempat terjamin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PHILADELPHIA – Ivory Coast bersedia mencari penawar kekalahan kepada Jerman pada aksi sebelum ini dengan memburu kemenangan apabila dijadual turun berdepan Curacao bagi menjamin tempat mereka di pusingan kalah mati nanti.

Penyerang pasukan itu, Amad Diallo berkata, dia dan rakan sepasukannya bersedia untuk mencipta kebangkitan daripada kekalahan kepada Jerman dan mereka tidak mempunyai pilihan untuk memastikan kemaraan.

“Kami mempunyai maruah dan harga diri, tetapi kami mahu mencipta sejarah untuk Ivory Coast. Kami akan turun ke perlawanan dengan mentaliti yang baik dan cuba bangkit semula.

“Ia akan menjadi detik yang besar untuk semua orang, terutama generasi baharu ini kerana kami tahu kami mempunyai kualiti dalam pasukan. Tetapi, keutamaan sekarang adalah kami benar-benar fokus kepada diri sendiri. Ia akan menjadi perlawanan yang sangat sukar,” katanya.

Ketua Jurulatih Ivory Coast, Emerse Fae mahu seluruh pasukannya segera melupakan kekalahan kepada Jerman, namun menegaskan bahawa secara keseluruhan beliau berpuas hati dengan prestasi pasukannya.

“Kami akan menggunakan perlawanan ini sebagai pengajaran untuk memperbaiki kesilapan dan kelemahan yang masih ada. Itu akan membantu kami melangkah sejauh mungkin dalam kejohanan ini.

“Nasib kami masih berada di tangan kami sendiri, atau lebih tepat lagi, di kaki kami sendiri,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN