fbpx
Penantian berakhir buat pasangan selebriti, Fattah Amin dan Amira Othman apabila dikurniakan cahaya mata pertama seorang bayi lelaki yang diberi nama Muhammad Jarir Umar Abdul Fattah.

Amira Othman selamat lahirkan putera sulung, Muhammad Jarir Umar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Penantian berakhir buat pasangan selebriti, Fattah Amin dan Amira Othman apabila dikurniakan cahaya mata pertama seorang bayi lelaki yang diberi nama Muhammad Jarir Umar Abdul Fattah.

Berita gembira itu dikongsikan aktor tersebut yang memaklumkan isterinya, Amira atau Nadia Amira Othman, 32, selamat melahirkan putera mereka semalam.

“Ahlan Wasahlan Muhammad Jarir Umar Abdul Fattah. Alhamdulillah isteri saya Nadia Amira binti Othman selamat melahirkan baby kami pukul 6.20 petang semalam.

“Terima kasih pada yang mendoakan. Semoga Jarir menjadi anak yang soleh penyejuk hati mommy dan daddy” tulisnya dalam hantaran di Threads.

Perkongsian tersebut disertakan dua gambarnya menampakkan pelakon filem Pendekar Awang itu mengendong si kecil melihat pemandangan dari bilik hospital serta tangannya menggenggam tangan isteri bersama putera mereka.

Berdasarkan perkongsian netizen, nama itu merujuk kepada kecerdasan dan ilmu pengetahuan yang luas seperti sejarawan, Ibnu Jarir selain serta memiliki keberanian, ketegasan, dan sifat adil dalam seperti sahabat Nabi Muhammad SAW, Umar Khattab

Berita gembira itu juga pantas dihujani ribuan ucapan tahniah daripada peminat serta rakan artis yang turut mendoakan agar bayi mereka membesar dengan sihat, soleh dan membahagiakan ibu bapanya.

“Sedap namanya. Nama ini mencerminkan kombinasi antara karakter peribadi yang terpuji intelektual tinggi, serta keteguhan jiwa dalam menegakkan kebenaran. Semoga nama ini menjadi doa yang baik bagi pemiliknya,” tulis netizen.

Terdahulu, pasangan itu sering menjadi perhatian ramai, malah peminat juga yang tidak sabar menantikan kelahiran zuriat sulung mereka.

Fattah serta Amira juga penyanyi dan pelakon mendirikan rumah tangga pada 14 September 2025. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN