fbpx
Unit pemusnah bom memeriksa cebisan selepas sebutir bom yang dipasang di bawah kenderaan polis meletup. - Daily News

Bom meletup di bawah kereta polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Sebutir bom yang diletakkan di bawah kenderaan polis meletup selepas seorang kanak-kanak melihat individu mencurigakan menghampiri kenderaan itu dalam kejadian di wilayah Narathiwat, selatan Thailand, lapor portal berita Thaiger. 

Ketua Balai Polis Buketa, Kolonel Polis Taweesak Sawatdiraksa berkata, pihaknya menerima laporan mengenai penemuan objek mencurigakan di bawah kenderaan polis trafik itu sekitar pukul 1.10 petang (waktu tempatan), baru-baru ini. 

Kenderaan jenis Toyota itu diletakkan berhampiran Masjid Darussadah di Ban Buketa, Lochut. Pasukan polis bergegas mengepung tempat kejadian dan memanggil unit pemusnah bom. 

Semasa menunggu, bom itu tiba-tiba meletup sehingga memecahkan cermin hadapan dan belakang kenderaan.

Serpihan berterbangan turut menimpa sebuah kereta jenis Kia yang terletak berhampiran, menyebabkan bumper dan tayarnya rosak. 

Selepas membersihkan tempat kejadian, pasukan pemusnah bom dan unit anjing pengesan menemui cebisan bekas keluli seberat satu hingga dua kilogram dilengkapi pemasa dan dipasang pada casis kenderaan. 

Polis mendapati bom itu meletup kira-kira 10 minit selepas seorang kanak-kanak melaporkan kepada penduduk tempatan bahawa dia ternampak seorang lelaki menghampiri kenderaan tersebut. 

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan suspek menyembunyikan peranti letupan di dalam kain putih sebelum dilekatkan pada bawah kereta dan melarikan diri. 

Polis percaya bom diletakkan oleh kumpulan pemberontak yang berniat untuk membunuh anggota polis ketika dalam perjalanan pulang ke balai. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN