fbpx
SALAH (No.10) meraikan jaringan dilakukan ketika membantu Mesir bangkit menewaskan New Zealand. - AFP

Piala Dunia 2026: Tuah Salah bantu Mesir bangkit benam All Whites

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

VANCOUVER – Kebangkitan di separuh masa kedua menjadi detik penentu kepada Mesir ketika mencatat kemenangan 3-1 ke atas New Zealand pada aksi Kumpulan G di Stadium BC Place hari ini.

Pada perlawanan yang tamat sebentar tadi, Mesir pada awalnya ketinggalan 0-1 di separuh masa pertama selepas All Whites menjaringkan gol pembukaan seawal minit ke-15 menerusi pemain pertahanan, Finn Surman.

Tersentak dengan gol awal tersebut, skuad The Pharaohs kemudiannya cuba mengatur gerak dan melancarkan serangan ke arah pintu gol New Zealand, namun tidak berhasil dengan kedudukan 1-0 kekal hingga tamat separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, Mesir hanya memerlukan tempoh 13 minit untuk menyamakan kedudukan 1-1 apabila pemain sayap, Mostafa Ziko tidak mensia-siakan peluang terhidang selepas menerima hantaran dilakukan Mohamed Hany.

Sembilan minit berselang, giliran legenda Liverpool, Mohamed Salah pula menggegarkan gawang New Zealand bagi meletakkan Mesir di depan 2-1 menerusi gerakan menarik yang dilakukan bersama Ziko.

Tidak cukup dengan dua gol yang dijaringkan, juara Afrika tujuh kali itu menambah gol ketiga menerusi pemain gantian, Trezeguet selepas dia menerima hantaran cukup baik daripada Salah.

Menerusi kemenangan tersebut, Mesir berada dalam landasan terbaik untuk meneruskan kemaraan ke pusingan kalah mati apabila memimpin Kumpulan G dengan empat mata, diikuti Iran dan Belgium berkongsi dua mata manakala New Zealand memiliki satu mata. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN