KLUANG – Dakwaan segelintir pihak yang menyebarkan sentimen kononnya Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membenci masyarakat Cina disifatkan tidak tepat dan jauh tersasar daripada keadaan sebenar. Bekas Pengetua sebuah sekolah menengah, Chin Sim Lai, 70, berkata, Menteri Besar Johor itu hanya tidak mahu bekerjasama dengan DAP dalam hal urus tadbir negeri dan bukan tidak menyukai orang Cina seperti dimomokkan sesetengah pihak dan ia tidak seharusnya disalah tafsir. Katanya, secara realiti DAP bukan mewakili keseluruhan masyarakat Cina di negeri……














