fbpx
Sebahagian pengunjung yang hadir pada acara berkenaan di Maeps, Serdang hari ini.

Truck Fighter 2.0 himpun 3,000 peminat 4WD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Penganjuran Truck Fighter & Meet Show 2.0 dilihat menjadi platform terbaik dalam memperkukuh solidariti pemilik kenderaan itu lebih-lebih lagi sebagai wira tidak didendang khususnya pada musim banjir.

Menurut penganjur program, Zaki GM Garage, solidari itu diperkukuhkan selepas program yang berlangsung di Taman Ekspo Agro Malaysia Serdang berjaya menghimpunkan lebih 3,000 peminat 4WD setakat ini.

“Pelbagai pengisian dan aktiviti menarik masih berlangsung sepanjang program bagi memenuhi keperluan serta minat pelbagai lapisan masyarakat. Orang ramai yang belum berkesempatan hadir dijemput untuk turut serta memeriahkan program Truck Fighter 2.0 serta menikmati pelbagai aktiviti yang telah disediakan oleh penganjur,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Truck Fighter 2.0 tampil lebih meriah dengan pelbagai pengisian menarik termasuk pameran kenderaan 4×4, pertandingan autoshow melibatkan 21 kategori, aktiviti off-road, gerai jualan, pameran industri automotif serta cabutan bertuah bertujuan memperkukuh solidariti antara komuniti.

Kemuncak acara turut menyaksikan ahli Kelab Hulu Selangor Diesel Member (HSDM), Azhar Ahmad muncul sebagai pemenang hadiah utama cabutan bertuah yang menjadi antara tarikan utama program pada tahun ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN