PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir susulan jangkaan hujan lebat di beberapa kawasan di Semenanjung, Sarawak, Sabah dan Labuan hingga pukul 7 malam ini.
MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, di Semenanjung, kawasan yang dijangka terlibat adalah seluruh Perlis, Kedah (Kubang Pasu, Padang Terap, Pendang, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu) dan Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan).
Keadaan sama turut berlaku di Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Batang Padang dan Muallim), Terengganu (Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman) dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Raub, Jerantut, Bentong, Kuantan, Pekan dan Rompin).
“Hujan lebat turut diramal berlaku di Selangor (Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat), Kuala Lumpur, Negeri Sembilan (Jelebu, Kuala Pilah dan Jempol) dan Johor (Kluang, Mersing dan Kota Tinggi),” katanya.
Di Sarawak, cuaca buruk dijangka turut melanda Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan, Sri Aman (Lubok Antu), Sarikei (Julau dan Meradong), Sibu, Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Song), Bintulu, Miri dan Limbang.
Di Sabah, amaran hujan lebat melibatkan kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau dan Kudat.
Cuaca buruk itu dijangka berlaku di seluruh Labuan.
MetMalaysia memaklumkan, amaran hujan lebat dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Jelasnya, amaran tersebut adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE














