fbpx
GALARZA (No.23) meraikan jaringan ketika menewaskan Turkiye hari ini. - AFP

Piala Dunia 2026: Paraguay benam Turkiye dengan 10 pemain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Paraguay kembali menghidupkan peluang ke pusingan kalah mati Piala Dunia 2026 selepas menang 1-0 ke atas Turkiye pada aksi Kumpulan D di Stadium San Franisco Bay Area sebentar tadi.

Pada perlawanan tersebut, pasukan Amerika Selatan itu menjaringkan gol seawal minit kedua menerusi jaringan Matias Galarza bagi meranapkan hasrat Turkiye mengutip tiga mata.

Bagaimanapun, rentak permainan Paraguay sedikit terjejas apabila pemain sayap, Miguel Almiron dilayangkan kad merah kerana didakwa melanggar peraturan baharu ditetapkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Memulakan aksi separuh masa kedua dengan 10 pemain, Paraguay langsung tidak mengalah apabila menunjukkan semangat juang cukup tinggi biarpun diancam jentera serangan Turkiye.

Menerusi keputusan itu, Turkiye secara rasmi sudah tersingkir daripada saingan selepas mencatat dua kekalahan, termasuk tewas 0-2 kepada Australia pada aksi pertama.

Selepas ini, Paraguay wajib mencatat kemenangan ke atas Australia pada perlawanan terakhir yang dijadualkan berlangsung 26 Jun ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN