fbpx
SEBANYAK 113 kotak mengandungi benih udang kara bernilai kira-kira RM2.6 juta berjaya dirampas dari diseludup ke negara jiran awal pagi semalam.

Benih udang kara RM2.6 juta dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA TINGGI – Sebanyak 113 kotak mengandungi benih udang kara bernilai kira-kira RM2.6 juta berjaya dirampas dari diseludup ke negara jiran awal pagi semalam.

Pemangku Pengarah Maritim Zon Tanjung Sedili, Komander Maritim Mohd Najib Sam berkata, rampasan dilakukan di Jeti Tanjung Belungkor itu merupakan hasil maklumat risikan yang dijalankan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerusi Ibu Pejabat Maritim Zon (IPMZ) Tanjung Sedili.

“Rampasan dilakukan kira-kira pukul 6.46 pagi oleh bot ronda Maritim Malaysia yang mengesan sebuah bot gentian kaca dalam keadaan mencurigakan di kawasan jeti berkenaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati bot tersebut membawa sebanyak 113 kotak polistirena yang mengandungi benih udang kara dipercayai untuk diseludup ke Singapura.

“Siasatan awal mendapati, benih udang kara berkenaan dipercayai dibawa masuk dari Indonesia sebelum menjadikan Malaysia sebagai lokasi transit bagi tujuan penghantaran ke negara jiran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, nilai keseluruhan rampasan dianggarkan mencecah RM2.68 juta melibatkan benih udang kara, sebuah bot gentian kaca dan sebuah enjin sangkut berkuasa 150 kuasa kuda.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 40(1) Akta Perikanan 1985 kerana mengimport atau mengeksport ikan hidup tanpa permit yang sah dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN