JAKARTA – Satu klip video tular di Ciamis, wilayah Jawa Barat memaparkan dua anggota bomba menjadi wakil ibu bapa kepada seorang pelajar lelaki untuk mengambil kad laporan dan menghadiri majlis perpisahan di sekolahnya, lapor portal berita Lambe Turah.
Kejadian berlaku di SMPN 3 Banjarsari semalam.
Imej dimuat naik di media sosial menunjukkan dua anggota bomba dikenali sebagai Dikri dan Nurholis menemani serta menjadi wakil kepada pelajar bernama Adi Taufik Suhartono di majlis perpisahan sekolah.
Menurut Dikri, kakak Adi menghubungi mereka dan meminta bantuan untuk menemani adiknya.
Mereka memenuhi permintaan kakak Adi yang tidak dapat hadir kerana terpaksa menghadiri majlis perpisahan sekolah anaknya.
“Ibu Adi telah meninggal dunia, manakala ayahnya sudah hampir 10 tahun tidak pernah pulang ke rumah,” kata Dikri. – AGENSI














