fbpx
Tangkap layar video dimuat naik oleh @Zainalrockraggae di laman Threads.

[VIDEO] ‘Stage dive’ tak menjadi, terus ‘landing’ atas lantai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan seorang peminat melakukan aksi ‘stage dive’ ketika persembahan kumpulan OAG mengundang padah apabila dia cedera selepas dipercayai terjatuh selepas gagal disambut penonton.

Insiden itu tular menerusi satu rakaman video yang dimuat naik pengguna Threads, @Zainalrockraggae yang memaparkan peminat tersebut berada di atas pentas sebelum bertindak melompat ke arah orang ramai.

Bagaimanapun, percubaan itu tidak menjadi apabila tiada penonton yang bersedia menyambutnya menyebabkan dia terhempas ke lantai dan terduduk dalam keadaan kesakitan.

Penyanyi Radhi OAG turut dilihat menghentikan nyanyian seketika sebelum memantau keadaan peminat terbabit dari atas pentas.

Di ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan kecederaan yang dialami lelaki itu berpunca daripada tindakannya sendiri kerana melakukan aksi berisiko tanpa sebarang persediaan.

Pengguna Threads, @lilyanis__ secara sinis berkata, lelaki itu seolah-olah menyangka dirinya Kurt Cobain sehingga mengharapkan penonton menyambut lompatannya.

“Dia ingat dia Kurt Cobain ke nak sambut dia ‘stage dive’. Rosak ‘show’ (persembahan) orang bang,” katanya.

Pengguna @Wnamierahh_ pula berpendapat, penonton di bahagian hadapan pentas tidak bersedia kerana tiada sebarang isyarat diberikan sebelum aksi tersebut dilakukan.

“Ketika muda mungkin perkara seperti ini tidak menjadi masalah, namun apabila usia semakin meningkat, risiko kecederaan juga bertambah kerana keadaan fizikal tidak lagi sekuat dahulu,” kata @Shighaaaaaaa95. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN