fbpx
NAZEERA Sardi minta individu pertikai imej telinganya mempunyai enam lubang akibat bertindik agar fokus jalan cerita drama lakonannya.

‘Telinga bertindik 6 lubang? Sila fokus jalan cerita’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Dikritik penampilan tindik pada telinga yang didakwa tidak selari dengan watak gadis kampung, pelakon Nazeera Sardi meminta penonton untuk lebih memberi tumpuan kepada penghayatan jalan cerita.

Tegas Nazeera atau nama penuhnya Siti Nazirah Sardi, 39, lubang tindikan yang sedia ada pada telinganya tidak boleh ditutup atau dihilangkan ketika penggambaran dijalankan.

“Boleh saja awak fokus tengok jalan cerita kan. Benda itu (tindik telinga) tidak boleh nak gam.

“Terima kasih kerana menonton,” katanya membalas komen seorang netizen dalam Threads.

Sebelum ini, seorang pengguna Threads memuat naik ketidakpuasan hatinya berkenaan drama Hening Rindu.

Difahamkan, Nazeera membawakan watak sebagai gadis kampung tetapi dikecam kerana mempunyai enam tindikan pada telinga.

“Terhibur saya tengok drama Melayu RTM2. Gadis kampung tapi telinga tindik sampai enam lubang,” katanya.

Bagaimanapun, segelintir pihak tampil mempertahankan Nazeera selain menyifatkan teguran yang diterima pelakon itu sebagai sesuatu yang tidak munasabah.

“Nama pun drama. Orang nak tengok jalan cerita saja, bukan nak kaji berapa banyak tindik pada telinga pelakon itu,” kata netizen.

“Dah nama pun berlakon, bukan realitinya dia gadis kampung. Itu pun nak persoalkan,” ujar netizen lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN