fbpx
PANG RON (kiri) dan Pei Jing melangkah ke suku akhir pertama sejak mula digandingkan April lalu. - MUHAMAD IQBAL ROSLI

Terbuka Macau: Pang Ron-Pei Jing mudah ke suku akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Beregu campuran profesional negara, Hoo Pang Ron-Lai Pei Jing tidak berdepan banyak masalah untuk melangkah ke suku akhir pada Kejohanan Badminton Terbuka Macau.

Pada aksi pusingan kedua sebentar tadi, gandingan No.113 dunia itu menang mudah 21-13, 21-12 ke atas Cheng Kai Wen-Liu Chiao Yun dari Taiwan dalam tempoh 24 minit sahaja.

Pang Ron-Pei Jing yang mula bergandingan April lalu menguasai sepenuhnya kedua-dua set permainan dan langsung tidak memberikan ruang buat lawan untuk memimpin perlawanan.

Selepas memenangi set pertama, gandingan profesional itu tidak menoleh ke belakang lagi apabila terus mempamerkan aksi dominan di set kedua.

Kemenangan itu turut menyaksikan Pang Ron-Pei Jing melangkah ke suku akhir buat kali pertama sejak digandingkan selepas sering tersingkir awal dalam empat kejohanan terdahulu.

Menjelang suku akhir esok, mereka dijadualkan berdepan beregu Korea Selatan, Cho Song Hyun-Jeong Na Eun yang menewaskan wakil tuan rumah, Leong Iok Chong-Ng Weng Chi 21-8, 21-11.

Sementara itu, satu lagi beregu campuran negara, Liew Xun-Ho Lo Ee hampir melakar kejutan sebelum tewas 21-16, 12-21, 19-21 kepada pilhan keempat dari China, Zhu Yi Jun-Li Qian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN