fbpx
Iliyas (kanan) diiringi pegawai SPRM ketika tiba di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini. Foto oleh Syakir Radin/KOSMO!

CEO Perbadanan Stadium Malaysia nafi rasuah tender naik taraf pusat skuasy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Stadium Malaysia didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tujuh pertuduhan meminta rasuah RM1 juta dan menerima RM450,000 berhubung tender menaik taraf Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil.

Tertuduh, Iliyas Jamil, 42, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Suzana Hussin.

“Faham..tidak bersalah (tidak mengaku salah),” kata tertuduh.

Mengikut pertuduhan pertama, lelaki itu didakwa meminta rasuah bagi dirinya wang RM1 juta daripada seorang lelaki berusia 60 tahun.

Wang itu sebagai upah supaya tertuduh bersetuju memilih Syarikat Aerolux Power Constructions Sdn. Bhd. memenangi tender Projek Menaik taraf Gelanggang & Kemudahan Sukan di Pusat Skuasy Nasional, Kuala Lumpur Sports City Bukit Jalil, di sini bernilai RM8,733,197.00.

Kesalahan itu dilakukan di Pejabat Perbadanan Stadium Malaysia, Aras 2, Stadium Nasional Kuala Lumpur Sports Center (KLSC), Sri Petaling di sini pada 24 Februari lalu.

Justeru pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.

Bagi pertuduhan kedua hingga ketujuh, Iliyas didakwa menerima rasuah RM450,000 bagi dorongan sama iaitu bersetuju untuk memilih Aerolux Power Constructions memenangi tender Projek Menaik taraf Gelanggang & Kemudahan Sukan di Pusat Skuasy Nasional bernilai RM8,733,197.00.

Kesalahan dilakukan di pejabat sama dan restoran sebuah pusat beli-belah di Sri Petaling masing-masing pada 25 dan 26 Februari, 17 Mac, 24 Mac, 3 April dan 13 April lalu mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) yang memperuntukkan hukuman sama.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM100,000 berserta syarat tambahan iaitu menyerahkan pasport kepada mahkamah, melapor diri di pejabat SPRM dan tidak mengganggu saksi. Sebutan semula kes ditetapkan pada 27 Julai ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN