SETIAP kali musim memancing tiba, jeti-jeti di Rompin mula dipenuhi pemancing dari seluruh negara yang datang dengan satu tujuan sama iaitu mahu merasai sendiri debaran pertarungan dengan ikan dihajati. Awal Mei lalu, seramai 28 orang pemancing turun menyertai satu trip santai selama dua hari bersama Jat Rompin Boat Charter (JRBC), diketuai tekong berpengalaman, Zamri Merchong. Sebanyak empat buah bot digunakan sepanjang trip tersebut, sekali gus menjadikan suasana cukup meriah sejak dari awal perjalanan lagi. Perjalanan bermula dengan kebanyakan peserta berkumpul……














