fbpx
PARA pemain Korea Selatan perlu membuat persiapan mental terbaik apabila perlu berdepan Mexico yang memburu kemenangan dan kelebihan beraksi di hadapan penyokong sendiri. - AFP

Piala Dunia 2026: Korea bakal hadapi dua tugas getir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GUADALAJARA – Tugasan berat menanti Korea Selatan untuk menghadapi cabaran tuan rumah, Mexico pada perlawanan kedua Kumpulan A Piala Dunia 2026 di Stadium Guadalajara, esok.

Ia bakal menjadi perhitungan mental buat Korea Selatan khususnya untuk berdepan kelebihan penyokong dimiliki Mexico serta keinginan mereka memburu tiga mata bagi mengukuhkan harapan menjuarai aksi kumpulan.

Selain percaturan taktikal, pengendali Korea Selatan, Hong Myung-bo juga sedar tentang ancaman itu dan menjangkakan faktor peminat bakal jadi pembolehubah kepada keputusan di akhir perlawanan.

“Saya menyaksikan perlawanan Mexico, saya dapat lihat mereka mendapat sokongan padu daripada penyokong. Saya fikir ia boleh menjadi beban buat kami, namun kami bernasib baik kerana sudah berpengalaman bermain di stadium ini (menentang Republik Czech)

“Akan ada tekanan apabila menentang pasukan tuan rumah dan Mexico juga sudah tunjukkan prestasi terbaik sambil mendapat sokongan padu daripada penyokong mereka,” katanya.

Sementara itu, bintang utama Taegeuk Warriors, Lee Kang-in mahu mengetepikan kenangan dan jasa yang pernah ditabur oleh pengendali Mexico, Javier Aguirre memandangkan kedua-duanya pernah bekerjasama di Mallorca.

“Ia menjadi detik indah, namun bukan kerana jurulatih mereka adalah Aguirre. Kami tahu betapa sukarnya untuk menentang Mexico di Piala Dunia,” kata Kang-in. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN