fbpx
SEBUAH bangunan rosak selepas gempa bumi bermagnitud 6.7 menggegarkan Palu, Sulawesi Tengah hari ini. – AFP

Gempa kuat, cetek gegar Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Gempa bumi cetek bermagnitud 6.7 menggegarkan tengah Indonesia hari ini, lapor Jabatan Kajian Geologi Amerika Syarikat, namun belum ada laporan segera mengenai korban atau kerosakan.

Gegaran berlaku  di timur, tenggara Palu dalam wilayah Sulawesi Tengah pada pukul 10.27 pagi (waktu tempatan).

Gempa bumi itu dirasai agak kuat di Palu dan Sigi tetapi tidak menimbulkan ancaman tsunami, demikian menurut Agensi Meteorologi, Klimatologi, dan Geofizik Indonesia.

Penduduk Palu dikenali sebagai Nurhaidar berkata, dia sedang memasak di dapur apabila merasakan gegaran itu.

“Tiba-tiba, seperti ada sentakan, dan kemudian seluruh rumah bergegar. Seluruh bumbung berbunyi bising, seolah-olah akan runtuh.

“Saya segera cuba keluar bersama anak-anak. Walaupun kami hilang arah dan keliru seketika, kami berjaya keluar,” kata wanita berusia 42 tahun itu kepada AFP

Indonesia sering mengalami gempa bumi kerana kedudukannya di ‘Lingkaran Api’ Pasifik.

Pada tahun 2018, gempa bumi bermagnitud 7.5 dan tsunami berikutnya di Palu telah mengorbankan lebih 2,200 orang. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN