fbpx
Gambar hiasan

Lelaki tumbuk, tampar pelanggan restoran dicari polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI BULOH – Polis giat mengesan seorang lelaki yang dipercayai menumbuk dan menampar seorang pelanggan di sebuah restoran di Bandar Seri Coalfields di sini pada Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 9.20 pagi Jumaat.

Menurutnya, ketika kejadian mangsa sedang beratur untuk membeli sarapan sebelum didatangi seorang lelaki yang tidak dikenali.

“Suspek berusia lingkungan 50 hingga 60 tahun, memakai pelitup muka dan kopiah.

“Lelaki terbabit dipercayai telah menumbuk bahagian dagu kiri mangsa, menolak serta menampar pipi kiri mangsa selain memaki hamun dengan kata-kata kesat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan suspek diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Mohd Fariz Rizal di talian 011-15254018 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN