BAGI Syima (bukan nama sebenar) yang tidak pernah mempercayai kewujudan hantu, pengalaman menyeramkan yang dialami tiga tahun lalu itu benar-benar meninggalkan kesan dalam hidupnya. Memulakan bicara, Syima berkata, kejadian tersebut berlaku ketika dia bertugas di pusat panggilan untuk sebuah bank dan hari itu dia bertugas syif malam. Tempat Syima bertugas ketika itu terletak di aras tujuh di sebuah bangunan lama. Syima berkata, sepanjang tiga tahun bekerja, dia tidak pernah mengalami kejadian pelik atau menyeramkan, namun sesuatu yang aneh berlaku kepadanya……














