fbpx
Tangkap layar video menunjukkan lelaki itu melamar kekasihnya di lampu isyarat merah. - TikTok

‘Sweet’, lelaki lamar kekasih semasa lampu isyarat merah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA –  Seorang lelaki di Indonesia mengundang perhatian orang ramai apabila melamar kekasihnya semasa berhenti di sebuah persimpangan ketika lampu isyarat merah, lapor portal berita Lambe Turah. 

Rakaman video kejadian dikongsi di platform TikTok oleh akaun @vinadanjawir menunjukkan pasangan kekasih itu sedang menaiki motosikal sambil menunggu lampu isyarat bertukar hijau. 

Lelaki terbabit tiba-tiba turun daripada motosikal lalu menayangkan kertas bertulis ‘Hai Vina! Sudikah anda berkahwin dengan saya?’ sebelum melutut di hadapan teman wanitanya. 

Detik indah itu menjadi lebih bermakna apabila Vina menerima lamarannya. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 4.6 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Jangan ganggu ketenteraman awam!” kata seorang netizen. 

“Macam tiada tempat lain,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN