fbpx
Susu bertaburan di bahu jalan selepas sebuah treler membawa muatan ke rangkaian kedai kopi popular kemalangan di KM25, Jalan Bahau-Keratong, pagi tadi. Foto POLIS

Treler terbabas, 1,800 susu bertaburan atas jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JEMPOL – Kira-kira 1,800 karton susu bertaburan di bahu jalan selepas treler yang dalam perjalanan menghantar bekalan ke rangkaian kedai kopi popular terlibat dalam kemalangan di Kilometer 25, Jalan Bahau-Keratong, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Norhisham Mustapar berkata, dalam kejadian pada pukul 8 pagi itu, treler jenis Scania yang dipandu lelaki berusia dalam lingkungan 30-an tersebut dalam perjalanan dari Pahang ke Shah Alam.

“Siasatan awal mendapati treler bergerak dari arah Muadzam, tiba-tiba ada sebuah lori yang masih belum dipastikan nombor pendaftarannya masuk sedikit ke laluan bertentangan.

“Treler tersebut dikatakan cuba mengelak ke kiri sebelum terjatuh ke bahu jalan dan hilang kawalan. Kenderaan itu kemudian terbabas ke kiri jalan menyebabkan muatan bertaburan di atas jalan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN