fbpx
KEMURAHAN hati Cik B menghadiahkan sebuah iPad kepada rakan sepejuangan dalam dalam TTMM2, Viviana mendapat variasi respons daripada netizen.

‘Kalau dihargai, syukur’ – Cik B tak takut dipergunakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Menerima banyak nasihat agar berpada-pada meletakkan kepercayaan dalam apa jua perhubungan termasuk persahabatan, penyanyi juga usahawan Cik B mengakui tidak pernah berasa bimbang atau menyimpan prasangka terhadap mana-mana individu yang cuba berkawan atau mengambil kesempatan terhadapnya.

Menurut Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 21, dia ikhlas dalam setiap hubungan persahabatan yang terjalin dengan sesiapa pun.

“Ramai tanya saya, takut tak orang gunakan saya.

“Tidak. Bila kita berkawan dengan ikhlas, kita akan ikhlaskan semuanya,” katanya dalam Threads.

Anak usahawan popularm Datuk Seri Vida itu menambah, dia bahkan terharu sekiranya hubungan tersebut diraikan namun tetap menegaskan tidak melakukan semuanya secara berlebih-lebihan.

“Kalau dihargai, syukur tetapi jika tidak pun, tak mengapa.

“Tetapi berkawan berpada-pada,” ujarnya.

Dalam ruangan komen, rata-rata memuji keihklasan Cik B namun tetap mengingatkannya agar berhati-hati kerana bimbang menjadi mangsa penipuan.

Baru-baru ini, dia juga dipuji ramai apabila membelikan anak penyanyi Ani Mayuni iaitu Viviana sebuah iPad yang berharga ribuan ringgit sebagai hadiah ulang tahun kelahiran. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN