fbpx
PASUKAN inovasi dari SMK Dato’ Klana Putra, Lenggeng mengharumkan nama negara di Universitas Negeri Jakarta, Indonesia baru-baru ini.

Budak Lenggeng tawan Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Pasukan inovasi dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Klana Putra, Lenggeng mengharumkan nama negara apabila kedua-dua pasukan sekolah itu merangkul Anugerah Emas (Gold Award) pada International Invention and Innovation Competition – Innovation World Cup.

Majlis itu berlangsung di Universitas Negeri Jakarta, Indonesia baru-baru ini.

Pertandingan berprestij itu menghimpunkan lebih 1,400 penyertaan dari 16 negara, sekali gus menyaksikan persaingan sengit di peringkat antarabangsa.

Kata wakil pasukan, Muhammad Hariz Anas Nur Saifuddin penyertaan kali ini merupakan kali keempat sekolah berkenaan menyertai pertandingan inovasi bertaraf antarabangsa.

Dua inovasi yang dipertan­dingkan pada kali ini ialah Smart Sense Watch dan Smart Serve, yang dibangunkan oleh pelajar Tingkatan 3, 4 dan 5 dengan bimbingan guru penyelaras.

Pasukan Smart Sense Watch dianggotai oleh Muhammad Hariz Anas Nur Saifuddin, Muhammad Naufal Ziqri Abdul Rahim, Nur Aina Adriana Mohamad Hamdan, Nur Alissa Qarisya Mohd. Hafizal, Nurhumairah Syahmina Mohd. Nazeri dan Muzzammil Mahyuddin.

Sementara itu, pasukan Smart Serve terdiri daripada Nur Hafiza M Hafiz, Damia Irdina Mohd. Zaki, Wan Nor Alyaa Qalesya Wan Mohamad, Adib Isyraq Jamaluddin, Muhammad ‘Ammar Fawwaz Mohammad Rizal dan Alya Sophia Mohd. Yusri.

Kejayaan pasukan Smart Serve menjadi lebih manis apabila inovasi tersebut turut me­nerima Anugerah Khas Best Commercialisation Project Award yang mengiktiraf potensi produk itu untuk dikomersialkan nanti.

Katanya, Smart Sense Watch dibangunkan bagi membantu keselamatan pengguna khusus­nya warga emas dan individu berkeperluan khas serta orang kurang upaya penglihatan menerusi fungsi pengesanan hala­ngan secara masa nyata.

“Smart Sense Watch membantu pengguna memantau kea­daan tertentu secara masa nyata melalui pengesanan halangan di hadapan.

Sementara itu, guru pembimbing Noor Shariffah Mohd. Jaafar dan Nur Syafiqah Nadiah Farid berkata, kejayaan tersebut merupakan hasil kerjasama erat antara pelajar, guru, pihak sekolah dan ibu bapa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN