Dr. Faiz Masnan Dalam keadaan dunia yang semakin tidak menentu, kemandirian negara dalam barangan keperluan telah menjadi isu penting. Keadaan ini menjadi semakin ketara susulan konflik geopolitik antara negara-negara Barat dan Timur Tengah, di samping pertikaian perdagangan serta pelbagai krisis global yang berlaku sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Peristiwa ini telah menunjukkan betapa terdedahnya sesebuah negara apabila bergantung pada produk import dan rantaian bekalan antarabangsa yang kompleks. Bagi Malaysia dan kebanyakan negara Asia Tenggara yang lain, meningkatkan pengeluaran domestik bukan…














