fbpx
Tangkap layar video yang dimuat naik di Threads oleh pengguna @Mamad_arewiss6366.

Jiran India, Melayu kongsi khemah buat majlis kahwin, tahlil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan sebuah keluarga berbangsa India berkongsi khemah majlis perkahwinan bersama jiran berbangsa Melayu yang sedang mengadakan majlis tahlil mendapat pujian daripada pengguna media sosial.

Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads oleh @Mamad_Arewiss6366, situasi itu berlaku di sebuah kawasan perumahan di Klang yang memaparkan keharmonian antara masyarakat daripada pelbagai bangsa.

“Jiran yang baik…jiran Melayu buat majlis tahlil, jiran India buat majlis kahwin. Jiran India kongsikan khemah untuk jiran Melayu makan di mejanya. Harmoni betul duduk kat negara Malaysia,” katanya.

Rata-rata pengguna media sosial menyifatkan tindakan kedua-dua pihak tersebut sebagai contoh terbaik dalam mengekalkan hubungan kejiranan yang erat tanpa mengira perbezaan agama dan budaya.

“Kita patut amalkan budaya ini supaya Malaysia dapat hidup dengan aman dan harmoni,” ujar Djbabygurl.

“Saya ada kawan-kawan dan jiran India yang baik. Mereka sangat berbudi bahasa dan saya sentiasa rasa disayangi oleh mereka,” kata Dee.rhmn_.

“Jiran belakang rumah saya India. Kalau memasak mereka jenis yang pasang lagu kuat-kuat tapi bila azan mereka akan tutup lagu untuk bagi laluan azan,” jelas Hora.mariposa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN