fbpx
Mohamed Khaled ketika berucap pada Majlis AKP 2026 di Wisma Perwira ATM, Kuala Lumpur hari ini. - Foto oleh AMIR KHALID/ KOSMO!

Dana RM464,400 mantapkan pendidikan anak warga Mindef, ATM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertahanan (Mindef) memperuntukkan dana berjumlah RM464,400 kepada 605 orang penerima program bantuan pendidikan dan insentif kecemerlangan akademik bagi tahun 2026.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM166,000 disalur kepada 159 penerima melalui Bantuan Melanjutkan Pengajian Ke Universiti Awam dan Luar Negara, manakala RM298,400 kepada 446 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, peruntukan berkenaan merupakan antara cara pihak kementerian berterima kasih kepada warga Mindef termasuk anggota Angkatan Tentera (ATM) yang bergelar ibu bapa.

“Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) bertanggungjawab menyelaras inisiatif pendidikan, program intervensi akademik, serta sokongan pembangunan kerjaya jangka panjang anak-anak warga Mindef dan ATM. Ia sebagai tanda penghargaan kepada anggota ATM dalam usaha mereka melaksanakan tanggungjawab dan pengorbanan kepada negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan (AKP) 2026 di Wisma Perwira ATM, di sini hari ini.

Pada majlis berkenaan, seramai 181 orang pelajar menerima AKP SPM bagi peperiksaan tahun 2025.

Sementara itu, Bantuan Universiti Awam disampaikan kepada 32 orang pelajar, sementara lima lagi kepada penerima yang akan melanjutkan pengajian ke menara gading menerusi Bantuan Universiti Luar Negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN