fbpx
SUSPEK direman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan. - Foto oleh AMRAN ALI/KOSMO!

Lelaki ‘rembat’ beg wanita solat di masjid dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR GAJAH – Suspek yang disyaki melarikan beg milik seorang penuntut universiti ketika mangsa sedang menunaikan solat di Masjid Ar-Rasyidin, Kampung Jelatang di sini, Ahad lalu berjaya dicekup malam tadi.

Lelaki tempatan berusia 28 tahun itu ditahan sepasukan polis di tepi jalan Taman Mahsuri, Pulau Sebang dekat sini sekitar pukul 8.35 malam.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ahmad Abu Bakar berkata, suspek yang menganggur telah dibawa ke Kompleks Mahkamah Alor Gajah pagi ini untuk permohonan reman.

“Permohonan reman selama empat hari sehingga 12 Jun telah diberikan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Alor Gajah, Kamarul Aris Kamalluddin. Suspek akan disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) berdurasi 23 saat memaparkan seorang lelaki berkemeja-T biru dan berseluar pendek hitam melarikan diri sambil memegang sebuah beg, sebelum cuba dikejar oleh seorang jemaah wanita. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN