fbpx
Tangkap layar video menunjukkan pengantin lelaki diapit dua isterinya. - TikTok

Senangnya dalam hati, remaja ada 2 isteri 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang remaja lelaki di Buleleng, wilayah Bali mengundang perhatian orang ramai kerana berkahwin dengan dua wanita secara serentak, lapor portal berita Lambe Turah. 

Majlis perkahwinan itu berlangsung di daerah Busungbiu, baru-baru ini. 

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @officiallambeturah menunjukkan pengantin lelaki diapit dua gadis yang mengenakan baju pengantin adat Jawa. 

Dia kemudian menyuap makanan kepada kedua-dua isterinya. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 105,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Saya seorang susah nak dapat, dia (remaja lelaki berkenaan) dapat dua isteri,” kata seorang netizen. 

“Senangnya dalam hati,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN