fbpx
Dua individu dipercayai melakukan perbuatan tidak senonoh di dalam sebuah koc MRT.

‘Tegur kuat-kuat, jangan biar berulang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan dua individu dipercayai melakukan perbuatan tidak senonoh dipercayai di dalam sebuah koc Transit Aliran Massa (MRT) mengundang kecaman ramai selepas rakaman kejadian itu tular di media sosial.

Rata-rata pengguna media sosial menyifatkan perbuatan tersebut tidak menghormati orang awam kerana dilakukan di tempat awam yang digunakan pelbagai lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak dan warga emas.

Menerusi hantaran di aplikasi Threads oleh pengguna Raisya.adeliaaa, individu itu mendakwa perlakuan sedemikian bukan sesuatu yang asing dilakukan oleh pasangan berkenaan.

“Bukan niat nak menghina, tapi dorang (mereka) ni memang budak flat dan memang selalu dorang macam tu, even kat (walaupun di) tempat public (awam). Tunggu masa nak kena tangkap basah je tu,” tulisnya.

Hantaran tersebut menerima pelbagai reaksi daripada netizen yang menggesa orang ramai supaya tidak berdiam diri sekiranya menyaksikan kejadian seumpama itu.

Seorang pengguna, Elarasofena, berkata tindakan menegur secara terbuka mungkin dapat menghentikan perlakuan tersebut.

“Kalau saya, saya jeritkan saja, ‘Hoi, meraba-raba pula! Dah kahwin belum ni?’ Biar semua orang dengar, alang-alang semua orang pun dah nampak,” katanya.

Sementara itu, pengguna Bin_esha04 berpandangan individu yang melakukan perbuatan tidak bermoral di tempat awam perlu ditegur dengan tegas bagi mengelakkan mereka mengulanginya.

“Tegur saja kuat-kuat. Kalau tak tegur, buat lagi next time (selepas ini). Berani sangat budak-budak ni,” ujarnya.

Dalam pada itu, seorang lagi pengguna, Malrize, mencadangkan orang ramai merakam kejadian sebagai bukti sebelum membuat teguran atau laporan kepada pihak berkuasa.

“Rakam sebagai bukti, kemudian baru tegur. Kalau mereka nafikan, sekurang-kurangnya ada rakaman. Boleh tunjuk kepada ibu bapa mereka,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN