fbpx
Azam Baki.

Dua kertas siasatan libat Azam Baki, fitnah saham dihantar ke AGC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Dua kertas siasatan membabitkan dakwaan fitnah berkaitan pemilikan saham Velocity Capital Partner Berhad serta isu salah guna kuasa yang dikaitkan dengan bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, telah dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara (AGC) untuk tindakan lanjut.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M. Kumar berkata, kedua-dua kertas siasatan itu telah dihantar kepada AGC pada Khamis lalu bagi mendapatkan arahan dan nasihat selanjutnya.

“Kertas siasatan sudah dirujuk untuk arahan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sebelum ini, polis mengesahkan telah merakam keterangan Azam berhubung dakwaan yang dibuat oleh seorang ahli perniagaan, Albert Tei.

Menurut Kumar, siasatan itu turut melibatkan penerbitan artikel oleh Bloomberg.com yang didakwa mengandungi kenyataan berunsur fitnah berkaitan pemilikan saham Velocity Capital Partner Berhad, selain dakwaan penyalahgunaan kuasa dan ugutan jenayah terhadap Albert.

Terdahulu, Azam mengesahkan beliau telah hadir memberi keterangan di Bukit Aman bagi membantu siasatan berhubung dakwaan yang dilemparkan terhadapnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN