SEJAK nama Datuk Yusry Abdul Halim menjadi sebutan susulan populariti drama Dendam Seorang Mentua, isterinya, Datin Lisa Surihani turut terkena tempias.
Dalam beberapa hantaran orang ramai dalam platform Threads, rata-rata sarat memuji Lisa yang sedang menunaikan ibadah haji memiliki keperibadian yang wajar dipuji dan dijadikan contoh.
Antara pujian yang diberikan adalah beliau bijak dan sentiasa lemah lembut di sisi suami dan tidak memburuk-burukkan individu lain.
“Kalau saya jadi isteri, saya nak sangat seperti Lisa. Lemah lembut, bijak dan pandai bawa diri di sisi suaminya, ‘high class’ betul,” kata seorang wanita.
Namun, terdapat juga netizen yang berpendapat untuk menjadi seperti Lisa, perlu memiliki suami seperti Yusry.
“Nak jadi isteri macam Lisa, suami kena macam Yusry, baru tepat,” komen netizen.














