fbpx
ABU BAKAR

DUN Perlis: Kekal tutup premis judi walau hilang hasil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KANGAR – Kerajaan Negeri Perlis kekal dengan pendirian menutup operasi premis perjudian di negeri itu meskipun langkah tersebut menyebabkan kehilangan sumber hasil.

Menteri Besar, Abu Bakar Hamzah berkata, kerajaan negeri komited meneruskan dasar yang diperkenalkan pentadbiran terdahulu bagi membanteras aktiviti perjudian dan pusat hiburan yang menyalahi syariat Islam.

“Kerajaan negeri komited meneruskan usaha yang dimulakan oleh mantan Menteri Besar terdahulu dengan mengharamkan atau menghentikan operasi premis perjudian dan pusat hiburan yang dianggap menyalahi hukum serta peraturan dalam Islam.

“Kita akan terus memastikan usaha ini diteruskan kerana berdasarkan pelbagai pandangan yang diterima, langkah tersebut merupakan pendekatan yang baik dalam menangani isu perjudian di Perlis,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis di Kompleks Seri Putra di sini hari ini.

Menurut Abu Bakar, kerajaan negeri tidak bercadang mengubah pendirian tersebut walaupun terdapat perkembangan berkaitan tindakan undang-undang melibatkan isu perjudian di negeri lain.

“Berhubung keputusan di Kedah, kita akan menunggu apa yang akan diputuskan sekiranya terdapat saman atau tindakan undang-undang berkaitan. Namun, kita tetap komited meneruskan usaha menghentikan operasi perjudian ini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN