fbpx
SEORANG remaja lelaki (dua dari kiri) direman tujuh hari di Mahkamah Majistret Rembau selepas disyaki merogol remaja berusia 16 tahun di dalam semak di kawasan Tampin yang baharu tiga hari dikenalinya, hujung bulan lalu. FOTO NOR AINNA HAMZAH

Remaja noda kenalan baru dikenali 3 hari dalam semak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TAMPIN – Seorang remaja lelaki direman tujuh hari selepas disyaki merogol remaja berusia 16 tahun di dalam semak di kawasan Tampin yang baharu tiga hari dikenalinya, hujung bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Amiruddien Sariman berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan seorang remaja perempuan bawah umur telah dirogol oleh seorang lelaki yang baru dikenali pada pukul 1.51 pagi, 28 Mei lalu selepas dibawa suspek dengan menaiki motosikal jenis Modenas Kriss.

“Suspek baharu sahaja berkenalan dengan mangsa selama tiga hari selepas bertukar nombor telefon ketika berjumpa. Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin telah berjaya menangkap suspek di sebuah rumah di Kuala Pilah semalam.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan permohonan reman ke atas suspek telah diperoleh selama tujuh hari bagi membantu siasatan,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN