fbpx
ONN HAFIZ menafikan senarai calon BN bagi PRN Johor ke-16 yang sedang tular di laman sosial sejak semalam.

Onn Hafiz nafi senarai calon BN PRN Johor tular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menafikan senarai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 yang sedang tular di media sosial dan aplikasi WhatsApp sejak semalam.

Onn Hafiz menegaskan senarai berkenaan adalah palsu dan tidak benar serta tidak mewakili sebarang keputusan rasmi parti.

Menurutnya, sebarang pengumuman berkaitan calon BN hanya akan dibuat menerusi saluran rasmi parti.

“Saya mengambil maklum mengenai satu senarai calon Barisan Nasional yang sedang bertebaran di media sosial dan aplikasi WhatsApp. Saya ingin menegaskan bahawa senarai tersebut adalah palsu dan tidak benar.

“Sebarang pengumuman rasmi berkaitan calon Barisan Nasional hanya akan dibuat melalui saluran rasmi parti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Onn Hafiz berkata, dalam suasana menjelang pilihan raya, pelbagai fitnah, khabar angin, provokasi dan berita palsu dijangka disebarkan oleh pihak tertentu bagi menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rakyat.

Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat Johor supaya mengamalkan sikap tabayyun dengan menyemak fakta terlebih dahulu serta mendapatkan maklumat daripada sumber yang sah sebelum menerima atau menyebarkan sesuatu berita.

“Marilah kita berpolitik secara matang, berakhlak dan bertanggungjawab. Jangan benarkan berita palsu memudaratkan keharmonian, kestabilan serta proses demokrasi di negeri Johor yang kita cintai,” katanya.

Pada Isnin lalu, Onn Hafiz dalam sidang media khas mengumumkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor secara rasmi dibubarkan berkuat kuasa 1 Jun selepas mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim selepas menghadap Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN