fbpx
Poster yang dimuat naik oleh Anwar Ibrahim di laman Facebook.

PM hargai jasa TUDM pertahan ruang udara negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan kepada seluruh warga dan veteran Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) atas jasa serta pengorbanan mereka dalam mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara.

Anwar berkata, sejak sekian lama TUDM kekal menjadi benteng pertahanan ruang udara negara dengan penuh keberanian, profesionalisme dan pengorbanan.

Menerusi hantaran di laman Facebook sempena ulang tahun ke-68 TUDM hari ini, beliau berkata, khidmat bakti, jasa dan dedikasi seluruh anggota serta veteran pasukan itu amat dihargai.

Menurutnya, pengorbanan mereka telah banyak menyumbang kepada usaha memastikan kedaulatan, keselamatan dan keamanan negara terus terpelihara.

“Sejak sekian lama, TUDM kekal menjadi benteng pertahanan ruang udara negara dengan penuh keberanian, profesionalisme dan pengorbanan.

“Khidmat bakti, jasa dan dedikasi seluruh anggota dan veteran TUDM amat dihargai dalam memastikan kedaulatan, keselamatan dan keamanan Malaysia terus terpelihara,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar turut mengenang anggota TUDM yang telah meninggal dunia dan mendoakan agar roh mereka dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

“Selamat ulang tahun ke-68 TUDM. Moga terus unggul, berwibawa dan sentiasa bersedia menggalas amanah demi keselamatan negara,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN