fbpx
DANISH Ifthikar pulang tanpa pingat, namun prestasinya sepanjang saingan berjaya memukau peminat.

Danish Iftikhar terus pamer prestasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PELARI pecut muda negara, Danish Iftikhar Muhammad Roslee mungkin pulang tanpa pingat dari Kejohanan Olahraga Bawah 20 Tahun (B-20) Asia di Hong Kong, namun prestasinya tetap mencuri tumpuan apabila terus menunjukkan peningkatan konsisten.

Atlet berusia 19 tahun itu menamatkan saingan acara 200 meter (m) di tempat keenam menerusi catatan 21.32 saat (s), selain turut mara ke final 100m sebelum menamatkan perlumbaan di kedudukan ketujuh dengan masa 10.43s.

Lebih membanggakan, Danish sempat mencatat masa terpantas musim ini (SB) iaitu 10.38s pada aksi separuh akhir 100m, sekali gus mengesahkan statusnya sebagai antara prospek paling cerah olahraga negara ketika ini.

Jurulatih yang juga bapanya, Muhammad Roslee Ismail menyifatkan pencapaian tersebut sebagai hasil kerja keras dan perkembangan positif yang ditunjukkan Danish sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

“Alhamdulillah, rezeki Allah. Apa yang penting, Danish menunjukkan progress yang konsisten dan itu yang kami mahu lihat,” katanya.

Roslee percaya pengalaman bersaing dengan pelari terbaik Asia mampu menjadi bekalan berharga buat anaknya yang kini sedang membuat persiapan menghadapi Kejohanan Dunia B-20 di Oregon tidak lama lagi.

Sementara itu, Olahraga Malaysia turut memuji semangat juang yang dipamerkan Danish sepanjang kejohanan tersebut dan menyatakannya sebagai antara prospek terbaik negara ketika ini.

“Tahniah Danish atas usaha dan semangat juang yang dipamerkan di pentas Asia. Anda merupakan antara pelapis terbaik negara untuk masa depan olahraga Malaysia. Berada dalam kelompok enam terbaik Asia adalah satu pencapaian yang membanggakan,” menurut kenyataan badan induk itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN