fbpx
ARSENAL gagal menamatkan penantian untuk menjulang gelaran UCL buat kali pertama selepas tewas pada pentas final awal pagi semalam. - AFP

UCL: Arsenal mahu jadikan kecewa suntik motivasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BUDAPEST – Pengendali Arsenal, Mikel Arteta menggesa para pemainnya untuk bangkit dengan lebih agresif selepas menyaksikan Paris Saint-Germain (PSG) berada pada tahap berbeza ketika tewas 3-4 menerusi penentuan penalti Liga Juara-Juara (UCL), awal pagi semalam.

Hasrat The Gunners untuk menjulang trofi UCL buat kali pertama tidak kesampaian walaupun berjaya mengheret saingan ke penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 dengan Eberiche Eze dan Gabriel Magalhaes gagal menyempurnakan amanah yang diberikan.

Bagaimanapun, Arteta enggan menyalahkan mana-mana pemain, sebaliknya percaya Arsenal perlu menggunakan kekecewaan tersebut sebagai motivasi untuk menjadi lebih kuat musim depan.

“Pasukan perlu membuat beberapa keputusan penting (pada jendela perpindahan) jika mahu mencapai tahap yang lebih tinggi.

“Secara peribadi, saya mahu mengucapkan tahniah kepada PSG dan Luis Enrique kerana mereka adalah pasukan terbaik di dunia.

“Apa yang mereka mampu lakukan dengan bola, terutama menerusi kualiti individu, sangat luar biasa. Mereka memaksa kami bermain mengikut rentak mereka, namun pujian kepada para pemain Arsenal yang berjuang sehingga ke penentuan penalti,” katanya.

Sementara itu, tonggak tengah Arsenal, Declan Rice enggan menjadikan kegagalan dalam penentuan penalti sebagai punca utama kekalahan pasukan.

“Kami menang bersama dan kami juga kalah bersama. Gabriel dan Eze tidak wajar dipersalahkan kerana tanpa mereka berdua, kami mungkin tidak akan memenangi Liga Perdana Inggeris musim ini,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN