fbpx
Kanak-kanak bermain air di Taman Rekreasi Suria KLCC sempena cuti sekolah, selain cuaca panas ketika ini. Foto oleh FARIZ RUSADIO / KOSMO!

Fenomena El Nino: ‘Dijangka lebih kering, tidak terlampau kritikal’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

CYBERJAYA – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) meningkatkan tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi risiko kebakaran hutan dan tanah gambut susulan jangkaan cuaca lebih kering akibat fenomena El Nino.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Ts. Nor Hisham Mohammad berkata, semua pengarah bomba negeri telah diarahkan memperkemaskan persediaan bagi memastikan pasukan berada pada tahap terbaik sekiranya berlaku peningkatan insiden kebakaran.

Katanya, satu pertemuan khas bersama pengarah-pengarah bomba negeri telah diadakan kira-kira dua minggu lalu bagi menyelaras langkah persediaan menghadapi musim kering yang dijangka berlaku tahun ini.

“Persediaan tahun ini dibuat dengan lebih teliti dan lebih rapi berbanding tahun lalu memandangkan kita dijangka berdepan keadaan cuaca yang sedikit lebih kering,” katanya selepas Program Qurban Kasih Bersama Warga Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), JBPM dan Parlimen Sepang di sini, hari ini.

Menurut beliau, JBPM turut memperkukuhkan keupayaan operasi menerusi perolehan 70 kenderaan kompak yang sesuai digunakan dalam operasi kebakaran hutan dan belukar selain 80 pam mudah alih tambahan.

Bagaimanapun, Nor Hisham berkata, berdasarkan pemantauan dan bacaan semasa terhadap fenomena El Nino di rantau Pasifik, keadaan tahun ini dijangka tidak terlalu kritikal.

“Berdasarkan jangkaan, ramalan dan bacaan yang kita peroleh, keadaan itu tidak terlampau kritikal. Jika dilihat pada corak cuaca semasa, walaupun terdapat beberapa hari yang sangat panas, hujan masih turun dan keadaan masih terkawal,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN