fbpx
Fakulti Pengurusan Haji dan Umrah (FPHU) yang diuruskan oleh YEG Academy dengan kerjasama Innovative University College terus memperkukuh peranan dalam melahirkan tenaga profesional bagi industri haji dan umrah menerusi MPHU 2026.

‘Berapa orang mutawif kita hari ini bergelar profesional’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Fakulti Pengurusan Haji dan Umrah (FPHU) yang diuruskan oleh YEG Academy dengan kerjasama Innovative University College terus memperkukuh peranan dalam melahirkan tenaga profesional bagi industri haji dan umrah menerusi Program Melahirkan Profesional Haji dan Umrah 2026 (MPHU 2026).

Inisiatif strategik itu digerakkan bersama pendakwah bebas, Ustaz Muhammad Haris atau PU Riz dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan sebagai usaha memperkukuh pembangunan modal insan profesional dalam industri haji dan umrah di Malaysia, selain mengeratkan hubungan dua hala dengan kerajaan Arab Saudi.

Usaha tersebut turut mendapat sambutan dan sokongan penuh daripada Dr. Zulkifli Hasan yang melihat keperluan melahirkan lebih ramai tenaga profesional dalam bidang pengurusan haji dan umrah sebagai langkah penting untuk memperkasakan peranan Malaysia dalam industri global yang semakin berkembang pesat itu.

Malah, ketika berada di Tanah Suci sempena musim haji tahun ini, beliau turut meluangkan masa bertemu pelajar-pelajar Malaysia yang sedang mengikuti pengajian dalam bidang pengurusan haji dan umrah sekali gus memberikan pengiktirafan terhadap usaha pembangunan akademik dan profesional yang dilaksanakan menerusi FPHU.

Program tersebut dilihat sebagai satu platform penting dalam menyediakan lebih ramai tenaga mahir dan profesional tempatan bagi memenuhi keperluan industri haji dan umrah yang semakin berkembang pesat di peringkat antarabangsa selari dengan aspirasi Visi 2030 Arab Saudi.

Menurut PU Riz, perkembangan pesat sektor haji dan umrah di Arab Saudi membuka peluang besar kepada rakyat Malaysia untuk memainkan peranan lebih signifikan dalam industri tersebut.

“Jangan risau, visi dan misi kerajaan Saudi nak bawa 30 juta orang satu hari nanti. Berapa ramai orang Malaysia yang boleh ambil tempat di situ? Cukupkah mutawif kita untuk bawa ataupun untuk bantu 30 juta jemaah pada 2030?

“Berapa orang saja mutawif kita hari ini yang bergelar profesional? Yang masih tanya, apa belajar ni, nak bawa orang pergi umrah kena ada diploma ka? Kena ada ijazah ke?

“Ini adalah satu industri yang paling besar antaranya dalam dunia dari sudut perniagaannya juga,” katanya.

Tambah beliau lagi, usaha melahirkan lebih ramai profesional dalam bidang pengurusan haji dan umrah amat penting dalam memastikan Malaysia tidak ketinggalan dalam merebut peluang besar yang disediakan kerajaan Arab Saudi menerusi Visi 2030.

“Alhamdulillah, jika dilihat juga sekarang dalam Zulhijjah ini, pelajar-pelajar FPHU dan juga Kementerian Agama, Menteri Agama sendiri menyantuni Duyufur Rahman yang berada di Tanah Suci.

“Usaha ini semoganya menjadi contoh kepada semua masyarakat kita dan juga semangat bagi mereka yang sedang menjalankan haji dan umrah,” katanya lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN